Tuesday 11 October 2011

klakar...!!!!klakar...!!!!

agaknya da xdew cara len kowt..cam t'desak jew diorg nie.. 

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5925-unit-cari-jodoh-dicadang-guna-facebook
Unit cari jodoh dicadang guna Facebook | Print |
Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 11 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan mencadangkan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah’ menggunakan laman sosial facebook sebagai cara baru untuk menggalakkan penyertaan kaum lelaki yang sebelum ini kurang mendapat sambutan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, kaedah mengisi borang cara konvensional kurang mendapat sambutan menyebabkan berlaku masaalah kekurangan calon lelaki.

“Mungkin kaedah lama itu membuatkan golongan lelaki begitu malas sebab kena pergi ambil borang, isi borang kemudian hantar.

“Akibatnya hanya calon wanita sahaja mengisi borang, sedangkan calon lelaki kurang mengambil perhatian,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) kali ke-6 di Balai Islam, di sini.

Katanya, memandangkan zaman kini segalanya telah berubah kepada internet, ada baiknya ‘mencari jodoh’ juga digunakan dengan kaedah berkenaan.

Namun, tambahnya pihak penganjur perlu memantau dan setiap para ahli yang telah bertemu pasangan mereka perlu dilaporkan pada pihak penganjur terlebih dahulu.
Maklumat calon dirahsia

Tegasnya, ia tidak bermakna penganjur akan mengambil mudah mengenai hak rahsia peribadi calon dan akan membuat tapisan ketat bagi memastikan hanya yang layak dan serius sahaja diberi perhatian.

Sambungnya, apa yang dilakukan itu bertujuan untuk mengelak sesuatu perkara yang tidak diingin berlaku memandangkan laman social ini mudah terdedah pada keburukan selain kebaikkan.

“Semoga usaha murni ini tidak disalah ertikan serta mendapat hasil yang baik,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, beberapa ahli telah bertemu jodoh masing-masing sejak ianya ditubuhkan 2007 lalu dan ianya akan diaktifkan semula untuk mencapai hasrat tersebut.

Mahligai Sakinah yang diwujudkan kerajaan negeri sejak 2007, mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan.

Tuesday 6 September 2011

SALAH kan DIRI, bukan tunding JARI...!!!!!!!!!!!

memang kita susah selesa dengan apa yang orang buat tapi perlu ke untuk kita menunding jari pada orang lain sedangkan kita juga melakukan perkara yang sama, malah lebih teruk dari itu..??fatwa mana yang menyatakan salah untuk melaungkan takbir pada syawal ke-3..?? peliknya, diorang selalu melaungkan takbir..tidak nampak pula salahnya..mmmmmm,mmg susah nak puaskan hati org,tapi kadang-kadang kita perlu menilai mana baik buruknya percakapan kita..jangan pula kita digelar seakan-akan tidak pernah bersekolah..padahal tahap pendidikan mungkin lebih lama dari saya tapi saya masih tahu hukumnya.. kalau pada hari aidil adha mungkin juga perlu mengikut syarat2nya..

**p/s:mungkin perlu balik sekolah semula dan pelajari hukum2 islam semula..(^_^)..renung-renungkan dan selamat beramal..

Tuesday 9 August 2011

beginikah pemimpin rakyat..??

beginikah rupa pemimpin rakyat..?? tapi saya masih hairan bila ada antara pengikut beliau yang masih belum percaya..sedarlah wahai saudara sekalian..bukti nyata di depan mata..mahukah saudara menjadi kambing hitam untuk 'pemimpin yang sebegini..??

Saturday 23 July 2011

bila tetamu naik toncang..


http://youtu.be/gyiBvJtJ5Z4



cahaya kebenaran

maybe it is hard to find the truth but we can find it if we want..try to find the truth and you will enjoy with the 'truth'..for the one who has never care about it, i suggest you to try it..